Menteri mengarut, dakwa Malaysia ada singa (video)

 

Tular pula satu video pendek ucapan Menteri yang agak mengarut bila ditonton. Zuraida Kamaruddin mendakwa singa wujud di hutan Malaysia.

Beliau turut membuat dakwaan pelik apabila menyatakan sekiranya manusia terserempak dengan Orang Utan, manusia akan dibunuh oleh Orang Utan.

Dakwaan Zuraida mengenai Orang Utan agak serius kerana tidak ada rekod manusia mati dibunuh oleh Orang Utan. Jadi bagaimana Zuraida boleh membuat dakwaan sebegitu?

Adakah ini ‘penyakit bawaan’ zaman Pakatan Harapan yang masih tersisa dalam kabinet hari ini?

Ucapan Zuraida yang dirakamkan itu dipercayai dibuat di sebuah hotel mewah Ibu Negara sekitar awal Januari 2022.

Mungkin Menteri yang ada perlu diberikan penerangan khusus, di Malaysia hanya ada harimau belang yang turut dikenali sebagai Harimau Malaya.

Sebagai rekod, Singa tidak berada dalam habitat hutan hujan tropika Malaysia.

Memalukan apabila Menteri membuat ucapan yang tidak berkualiti dan nampak ketara kedangkalan pengetahuan am.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker