PRN Johor – MUDA akan kenalkan bakal calon MB Johor?

Parti Ikatan Demokratik Malaysia-MUDA dikhabarkan akan turut meletakkan individu sesuai untuk dijadikan calon MB Johor dalam PRN Johor.

Sebagai parti baru dalam dunia politik, MUDA yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam politik Malaysia.



Dengan pengaruh Syed Saddiq terhadap pengundi muda, dipercayai parti itu akan bertanding 35 kerusi Dun Johor. Kekuatan MUDA yang mengembleng pemikiran baru dunia politik Malaysia tidak boleh dipandang ringan mana-mana parti.

 

 



Prospek MUDA untuk menang dengan mejoriti mudah juga agak baik berbanding Pakatan Harapan berdasarkan sokongan anak muda serta pengundi baru.

MUDA juga dikatakan mampu membentuk kerajaan dan bakal mengisi jawatan Menteri Besar Johor. Ini merupakan ‘tamparan hebat’ terhadap PH yang satu ketika merupakan payung kepada Syed Saddiq ketika masih bersama PPBM.

Apatah lagi bila desas desus Sheikh Umar Bagharib Ali merupakan bakal calon MB Johor dari Pakatan Harapan. Lebih hebat yang akan menerima ‘kesipuan’ ialah PPBM yang dipercayai akan menamakan Muhyiddin Yassin sebagai bakal calon MB Perikatan Nasional.

 



 

Saingan yang ditunjukkan MUDA bukan sekadar kosmetik atau retorik politik sahaja. Usaha mereka menawan pengundi muda dan pengundi atas pagar juga agak kehadapan daripada lain-lain parti. 

Lihat sahaja kerja keras Syed Saddiq membantu mangsa banjir di Johor. Berlumuran lumpur dan selut serta kejayaan mengumpul dana untuk bantuan banjir memang sukar disaingi.



Pengundi akan lebih yakin dengan MUDA yang menampilkan sesuatu yang baru untuk ditawarkan kepada Johor serta membawa pembaharuan terbaik untuk rakyat Johor sekiranya mereka diberikan mandat sebagai Menteri Besar Johor kelak.

Lim Kit Siang akan ketuai kempen PH di PRN Johor?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button