Demam Babi Afrika merebak ke Penampang

foto hiasan

 

Penampang diisytiharkan menjadi daerah baharu di Sabah yang dilanda Demam Babi Afrika (ASF).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata virus ASF dikesan pada 14 Disember lalu dan sudah menular di lima kampung membabitkan kawasan Inobong, Sugud dan Koidupan.

“Kes terbabit membabitkan sebanyak 229 ekor babi kepunyaan enam pemilik yang berbeza. Kerugian dianggarkan mencecah RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Jeffrey turut berkata, Penampang mempunyai ladang babi komersial dengan anggaran sebanyak 2,900 babi.

Dalam usaha untuk membendung virus terbabit merebak ke daerah lain yang berdekatan, beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) akan melaksanakan kempen kesedaran di Penampang.

Katanya, ini bagi memastikan penduduk tempatan maklum mengenai ASF.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata JPVS akan memantau serta mengawal pergerakan babi dan produk babi tidak keluar dari daerah Penampang buat masa ini.

Sejak wabak ASF kali pertama diisytiharkan pada tahun lalu, sebanyak 10 daerah diisytiharkan bebas ASF selepas 60 hari sejak kes terakhir dilaporkan.

Antara daerah terbabit adalah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker