NADMA 2.0 perlukah diwujudkan?

 

National Disaster Management Agency – NADMA diwujudkan bagi menguruskan krisis dan bencana dengan lebih teratur berasingan dari MKN dan JPM.

Ahli Parlimen PPBM Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad diberikan tanggungjawab bagi menguruskan NADMA sesuai dengan jawatan beliau selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

 

 

Pada akhir 2021, banjir teruk melanda beberapa negeri menyaksikan kegagalan Dr Latiff mengurus NADMA dengan berkesan.

Kredibiliti beliau dipersoalkan rakyat kerana NADMA yang diharapkan sebagai pihak utama dalam pengurusan bencana tidak berfungsi sebagai sepatutnya.

Lebih parah lagi bila Latiff mengeluarkan kenyataan yang berbaur agak angkuh bila rakyat mula bertanyakan fungsi NADMA.

Dalam kenyataan dipetik dari Utusan Malaysia pada 20 Disember 2021, Latiff menyatakan NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa banjir selepas memperolehi maklumat dan senarai mangsa daripada negeri yang terlibat.

 

 

Beliau turut menyatakan NADMA tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah dan negeri kerana melibatkan kos yang besar.

Selepas dikritik teruk netizen dan rakyat, pada 20 Januari 2022, nada Dr Latiff berubah secara drastik.

Secara tiba-tiba ada cadangan bagi menubuhkan NADMA 2.0 bagi mengurus bencana di peringkat negeri dan daerah.

 

 

Untuk apa penubuhan NADMA 2.0?

Jika sebelum ini Latiff menyatakan sebarang penubuhan di peringkat negeri dan daerah akan melibatkan kos yang besar. Kenyataan Latiff semalam sangat kontra dengan kenyataan sebelum ini.

Adakah penubuhan NADMA 2.0 akan dijadikan ‘lubuk dana’ untuk kepentingan parti politik tertentu? Berapa anggaran kos untuk menubuhkan NADMA 2.0 yang dicadangkan Latiff?

Jika NADMA sediada sendiri telah menunjukkan kegagalan pengurusan tertinggi seperti kenyataan Menteri, adakah mewujudkan NADMA 2.0 akan menjadikannya lebih baik dan bebas dari unsur politik dan ‘berkepentingan’ pihak tertentu?

Itu belum lagi mengambilkira ‘projek’ menempatkan pejabat dan kakitangan NADMA 2.0 di setiap peringkat negeri dan daerah. 

Dalam keadaan ekonomi negara yang agak teruk, cadangan menubuhkan NADMA 2.0 bukanlah sesuatu yang praktikal.

Lebih baik peruntukan bagi menubuhkan NADMA 2.0 disalurkan dalam bentuk bantuan kepada mangsa bencana untuk membantu mangsa bencana dengan sempurna. 

PRN Johor ; BN tiada harapan menang di 10 kerusi

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker