AYU DAMIT NAFI PAKAI SUSUK

“Mulanya terkejut dan tak tahu nak beri reaksi apa bila ada yang meninggalkan komen di media sosial dengan mengaitkan saya dengan pemakaian susuk. Lucu pun ada sebab kalaulah saya pakai susuk, lebih baik saya ‘tanam’ dekat muka ni sejak dulu lagi. Mereka yang mengenali saya tahulah saya ni jenis bagaimana orangnya.

“Malah kesedaran mengenai penjagaan diri ini pun kian hadir seiring dengan peningkatan usia. Bukanlah nak cantik luaran semata-mata tapi lebih kepada amalkan gaya hidup sihat sementelah saya pun terlibat dalam industri pertanian. Apa pun, saya tak ambil pusing pun dengan komen tersebut. Saja suka-suka berkongsikan perkara itu di Insta Story beberapa hari lalu.

“Yang penting, cantik atau tidak, suami dan anak-anak sentiasa ada di sisi. Itu sudah memadai, Alhamdulillah,” itulah kata-kata penyanyi dan usahawan, Ayu Damit yang menafikan dirinya ada memakai susuk atau pemanis wajah untuk tampil lebih menawan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, bagaimanapun mengakui ada mengambil beberapa prosedur kecantikan lainnya seperti mana yang dilaporkan media, baru-baru ini. Ayu juga turut menyifatkan cantik itu subjektif.

Image_2.jpg

Mengulas menganai isu perbelanjaan kecantikan dirinya yang mencecah ribuan ringgit, penyanyi asal Sabah ini mendedahkan kos tersebut termasuk rawatan yang ditaja.

“Macam-macam komen yang saya terima. Sudah saya jelaskan, kos tersebut adalah anggaran seperti pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya, selain nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan.

“Alhamdullilah, ada yang sudi taja. Bagi saya selagi ia tidak memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang, saya terbuka menerimanya. Lagi pun saya tetap akan dengar pendapat suami juga sebelum membuat apa-apa keputusan,” jelasnya.

Image_3.jpg

Dalam perkembangan lain, Ayu baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul ‘Permata’ yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.

“Lagu tersebut sebenarnya sudah dirakm ketika masih bertanding di GV7. Saya tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat. Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana,” katanya.

‘Permata’ merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr. Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video liriknya juga sudah boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media.

Ayu Damit Akui Bel4nja RM10 K Sebulan Untuk Cantik

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker