Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Bersatu Johor

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor bakal mengadakan mesyuarat untuk membincangkan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat berkenaan bakal dipengerusikan Presiden Bersatu yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa memantau dengan rapat perkembangan situasi semasa politik di negeri Johor.



“Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Bersatu Johor komited untuk meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus memberi khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor.

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad.



-K! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button