PRN Johor ; PH tetap akan gagal tawan Johor

 

Dewan Undangan Negeri-DUN-Johor telah dibubarkan dengan perkenan DYMM Sultan Ibrahim Al Marhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2022. Ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Johor-PRN dilakukan bagi membentuk kerajaan Johor yang lebih stabil.

Pakatan Harapan-PH Johor bergabung dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia-MUDA untuk PRN Johor. 

 

 

Membaca kerjasama antara PH-MUDA yang bersifat populis politik, nampak kelemahan ketara pihak PH dalam PRN selepas kekalahan teruk kepada BN dalam 6 siri PRK dan 3 PRN walau ketika itu Pakatan Harapan memerintah di Pusat.

Rakyat yang dahulunya termakan hasutan serta terpesona dengan manifesto PH 2018 telah belajar daripada kesilapan mereka. Banyak perkara yang dahulunya dilakukan dengan baik oleh BN telah dihilangkan PH. Akibatnya, ramai yang menyesal mengundi PH.

Belajar dari pengalaman di ‘temberang hidup-hidup’ oleh PH, rakyat kembali menilai prestasi serta kebajikan yang dilakukan oleh BN sepanjang 6 dekad pemerintahan.

Apa yang diperhatikan, strategi PH membawa masuk MUDA dalam PRN Johor adalah anak muda serta pengundi kali pertama. Dengan menggunakan populairiti Syed Saddiq tidak lebih sebagai umpan untuk menarik sokongan anak muda kepaada PH.

WARISAN yang turut menunjukkan minat PRN Johor pula hanyalah sebagai perisai buat melindungi PH selain MUDA.

Pemerhati politik berpendapat walau parti mana sekaligun bernaung atau bersama PH di PRN Johor, mereka tetap akan kalah. 

Johor yang dikenali sebagai ‘Tiang Seri UMNO’ perlu menunjukkan kewibawaan sebenar Umno Johor pada PRN ini.

Pakatan Harapan kini tidak boleh hanya bergantung hayat kepada MUDA atau PEJUANG untuk kembali memerintah.

Bagi rakyat Johor Darul Takzim, apa yang mereka mahukan sebalik PRN Johor kali ini?

Adakah mereka senada dengan Tuanku Sultan Ibrahim yang mahu Johor punyai sebuah kerajaan yang stabil atau masih mahu kerajaan campuran seperti sedia ada sekarang?

Tepuk dada, tanda kertas undi pada tarikh ditetapkan SPR.

‘Abah sayang Johor’ akan kuasai perang poster

 

Leave a Reply