Zahid diperintah membela diri

 

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau memberi tiga pilihan terhadap Ahmad Zahid untuk membela diri iaitu memberi keterangan secara bersumpah, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah dari tempat saksi tanpa pemeriksaan balas.

Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Zahid, 69, diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker