Francesca Cesarini penari tiang tanpa tangan, satu kaki

 

Francesca Cesarini berdiri di sisi sebuah tiang sambil membetulkan posisi tubuhnya.

Dengan raut wajah yang serius, sepasang matanya kemudian merenung tepat ke arah sebuah kamera yang sedang merekod gerak-gerinya.

Siku kanan Francesca kemudian berpaut kuat pada tiang tersebut, sebelum tubuhnya memanjat tiang itu dalam gerakan perlahan.

Menerusi video itu, jelas kelihatan gadis itu menggunakan sepenuh kekuatan pada kedua-dua sikunya bagi membantu tubuhnya berpaut pada tiang tersebut.

Begitulah kegigihan remaja berusia 15 tahun yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan hanya memiliki satu kaki itu. Siapa sangka, di sebalik kondisi fizikal sebegitu dia memilih untuk menceburi tarian tiang akrobatik.

Malah, video tarian tiang Francesca yang dikongsi di laman YouTube mendapat jumlah tontonan yang tinggi, dengan rata-rata netizen mengagumi bakat yang dimiliki gadis itu.



“Hebatnya! Sebagai seorang individu yang dilahirkan normal, saya malu dengan diri sendiri kerana biarpun mempunyai jari, saya masih kerap menjatuhkan barang dari tangan saya,” komen seorang netizen pada sebuah video YouTube Francesca yang dimuat naik bulan lalu

Bapa Francesca, Marco Cesarini berkata, biarpun dilahirkan tanpa tangan, anak perempuannya itu merupakan seorang individu yang tahu apa yang dimahukan dalam hidup.

“Dia mahu mencapai sesuatu impian dalam hidupnya. Dia bagaikan bukan seorang individu kelainan upaya, sebaliknya dia seorang insan yang melakukan apa yang dimahukan, menggunakan apa yang dimiliki,” jelas Marco.











Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker