SPRM jangan ‘ibarat melepaskan batok di tangga’

 

Siasatan terhadap penglibatan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Aziz menjadi tandatanya apabila ianya sepi tanpa perkhabaran.

Lebih mengejutkan apabila SPRM sendiri mendedahkan siasatan mendapati nama ‘nama besar’ yang terbabit dalam skandal.

Pembabitan individu-individu tersebut dikuatkan lagi, apabila Commercial Affairs Department (CAD) Singapura pada 12 November lalu, membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd, NIK FAISAL ARIFF KAMIL kepada kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) Kementerian Kewangan Malaysia bernilai RM 3,617,513.91 (AS$ 864,813.27).

Siasatan SPRM turut menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.



Sebelum itu, Singapura memulangkan aset sebanyak RM64.42 juta (AS$15.4 juta) membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Datuk Tawfiq Ayman dan rakan niaganya Samuel Goh. 

Rakyat berharap agar SPRM dapat meletakkan intergriti agensi tersebut ditempat yang sepatutnya dalam siasatan serta tindakan. 

SPRM wajar meneruskannya agar tidak diibaratkan seperti ‘melepaskan batok di tangga’.

 

Pendedahan Tommy Thomas juga merupakan ‘bukti’ yang membolehkan mereka memanggil bekas Peguam Negara itu untuk disiasat. 



Rakyat pastinya akan menyokong SPRM jika agensi itu benar-benar berusaha membenteras rasuah serta penglibatan nama-nama besar dalam skandal 1MDB.

Serang Azam Baki, mengapa Kit Siang tidak persoal isu Zeti?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker