Pahang beri pengecualian bil air untuk mangsa banjir

PENGECUALIAN BAYARAN BIL AIR SELAMA TIGA BULAN DI KAWASAN TERJEJAS BANJIR

1. Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri Pahang dan amat memahami keadaan mereka terutamanya dalam fasa pemulihan akibat bencana ini.

 

2. Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir termasuklah Bantuan Wang Ihsan dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.

 

3. Tidak terhenti di situ, Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga (3) bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

4. Pengecualtian ini bermula dari bulan Januari 2022 hingga Mac 2022 melibatkan anggaran lebih daripada 40 ribu rumah kediaman dengan anggaran peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

5. Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu.

DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
YAB MENTERI BESAR PAHANG

Leave a Reply