PRN Johor ; PAS buat lagi perangai ‘pelacur politik’

 

1 KERUSI TAPI LAGAK MACAM MAJORITI 2/3

Parti Islam Se-Malaysia-PAS hanya ada 1 kerusi di Dewan Undangan Negeri-DUN Johor bagi penggal 2018-2022. PAS masih mengekalkan perangai ‘pelacur politik’ mereka selepas PRN Melaka bila masih belum menetapkan pendirian parti itu dalam PRN Johor.



Dalam PRN Melaka, PAS memilih bersama Perikatan Nasional dan bertanding di kerusi yang turut ditandingi BN. Dalam masa sama, pemimpin PAS berkata mereka masih mahu bersama Umno dalam Muafakat Nasional.

Berada dalam Perikatan Nasional, tiada keistimewaan diberikan kepada PAS sehingga bendera pun terpaksa menggunakan lambang PN sahaja. Dimanakah maruah PAS yang selama ini bangga dengan lambang ‘bulan’?

PRINSIP DIGADAIKAN DEMI KERUSI DUN JOHOR

Sikap tidak berprinsip serta mudah ‘tergadai’ yang diamalkan PAS sebenarnya telah ‘membunuh’ imej parti tiu sendiri. Sejarah kerjasama mereka dengan parti yang berada dalam Pakatan Harapan turut menjadi sebahagian pemerhatian apa sebenarnya pendirian PAS.



PAS seringkali mengingatkan Umno tentang penyatuan parti kaum Melayu tetapi dalam masa sama mereka sendiri tetap menolak kerjasama dengan AMANAH yang juga merupakan serpihan Umno.

Pandai menasihat parti lain namun kepincangan sendiri tidak nampak. Perangai PAS tidak pernah konsisten dengan kerjasama politik dengan mana-mana pihak telah terbukti.

PAS HANYALAH ‘MACAI’ TUKANG GANTUNG & PACAK BENDERA PN

Sebagai sebuah parti yang hanya mengambil kesempatan, PAS sebenarnya bukanlah rakan politik yang boleh dipercayai sepenuhnya. Bagi Perikatan Nasional yang didominasi PPBM pula, PAS hanyalah sebagai ‘budak suruhan’ bagi menguatkan jentera kempen. 

Ini kerana PPBM itu sendiri tidak mempunyai keahlian yang mencukupi bagi melengkapkan jentera pilihanraya. Oleh demikian, PAS perlu diper’kuda’kan untuk penyediaan jentera pilihanraya. 



Sudah hilang laungan ‘JIHAD’ yang seringkali digunapakai PAS bagi menyakinkan jentera mereka setiap kali berdepan pilihanraya dan kini digantikan dengan ‘kerusi mana yang PAS boleh dijamin menang?’.

‘WAL HALALKU, WAL HARAMMU’

Jika PAS terus menerus tidak tetap pendirian, akhirnya kelak pemimpin PAS akan ditolak ahli mereka sendiri. Cuba risik dikalangan ahli biasa PAS, adakah mereka setuju dengan cara dan gaya pemimpin PAS yang sediada sekarang? 

Tidak mustahil slogan ‘Wal Halalku, Wal Harammu’ kembali terpakai dalam PAS bagi ‘menghalalkan’ apa sahaja keputusan pemimpin PAS dalam soal kerjasama politik selain Muafakat Nasional?

Lihat sahaja nasib pemimpin yang masih mahu bekerjasama dengan Umno. Apa yang berlaku semasa pemilihan jawatan PAS? 



PRN Johor – MUDA akan kenalkan bakal calon MB Johor?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button