PRN Johor ; PN & PH bergabung untuk asak BN?

 

Teka-teki kerjasama parti parti politik blok pembangkang sudah mula kedengaran. Merujuk kepada kekalahan PRN Melaka dan PRN Sarawak, kekuatan propaganda Pakatan Harapan sudah mula kendur kerana kerjasama antara mereka bagi mempengaruhi pengundi kaum berbeza semakin mengecil.

Menjelang PRN Johor, sekali lagi kekuatan propaganda Pakatan Harapan akan diuji. Bagi pemerhati politik, PH tidak lagi seperti 2016 bilamana semua kekuatan pelbagai kaum dikumpulkan dibawah satu gabungan.

Selepas PPBM keluar dari PAKATAN HARAPAN, gabungan itu hanya berharap kepada AMANAH untuk mencari pengaruh dikalangan pengundi Melayu.

PKR pula menumpukan pengundi kaum India memandangkan Presiden PKR sangat hebat memainkan watak MGR di atas pentas kempen.

DAP pula memang menguasai pengundi kaum Tiong Hua dengan baik malah propaganda doktrinisasi tidak pernah berubah malah di tambah dengan banyak.

Perpecahan pencarian sokongan telah membawa kepada pemahaman berbeza terhadap pengundi dan ini tidak memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan. Oleh demikian mereka perlu kepada satu lagi saluran iaitu ‘ultra Melayu’.

PPBM ‘ULTRA MELAYU’?

Parti yang terbaik dan kelihatan ‘Ultra Melayu’ buat masa ini adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM. Ini berikutan kejayaan PPBM membuka keahlian kepada bukan Melayu sebagai ahli bersekutu PPBM.

Tidak mustahil Pakatan Harapan akan ‘rujuk kembali’ dengan Muhyiddin untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN Johor.

Walau DAP membawa masuk MUDA sebagai sebahagian daripada PH, parti tersebut belum teruji dalam mana-mana PRK atau PRN memandangkan Presiden MUDA sendiri mempunyai kes di Mahkamah.

Pakatan Harapan sendiri melaungkan mereka merupakan gabungan parti yang bersih dari unsur ‘kluster Mahkamah’.



Muhyiddin pula selaku Adun Gambir di Parlimen Ledang sudah pasti mahu menjaga air muka serta maruah PPBM di Johor.

Jika beliau sendiri tidak bertanding pada PRN Johor, maka maruah PPBM Johor akan tercalar teruk sekaligus menghilangkan kepercayaan pengundi dan penyokong terhadap parti.

Amat malang sekali jika PPBM mempunyai Presiden yang tidak berani berlawan di peringkat DUN dan melepaskan kerusi itu kepada BN. Melawan bermakna akan berdepan sekurangnya 5 penjuru dan majoriti Pru14 tidak menjamin kemenangan selesa buat Muhyiddin.



Untuk mengelakkan kekalahan memalukan, Muhyiddin perlu menimbangkan kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam percaturan calon serta undi.

Situasi menang-menang PH dan PPBM perlu dicapai segera bagi membolehkan pembahagian calon dan kerusi ditentukan dengan segera. Jika lewat dirundingkan ada kemungkinan PPBM akan kalah dengan lebih teruk dari PRN Melaka.

Perlu dingatkan dalam PRN Johor, yang dijangkakan bertanding adalah Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Barisan Nasional, MUDA, PEJUANG, Putra, WARISAN dan Bebas.

Apa peluang yang ada pada Pakatan Harapan jika mereka tidak bersama kembali dengan PPBM dan PN?

Leave a Reply