Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy
Caprice (kiri) dan Mondy Tattoo

SUBANG JAYA: Polis sudah merakam percakapan penyanyi rap Caprice dan wanita Indonesia dikenali Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, rakaman percakapan Ariz Ramli atau Caprice dan Dita Restu Amanda atau Mondy itu diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

“Bagi melengkapkan siasatan kes ini, beberapa saksi lain lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi memaklumkan pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes itu, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat

Polis hanya menerima satu laporan dibuat Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, kelmarin dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Kelmarin, Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.

Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker