PH bakal berpecah, krisis makin memburuk

 

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Parti Keadilan Rakyat-PKR akan menggunakan lambang mereka sendiri dalam PRN Johor.



Kenyataan beliau seakan mengesahkan sedang berlaku krisis dalaman di blok Pakatan Harapan. Dipercayai punca krisis tersebut bermula dari kekalahan besar PH di PRN Melaka diikuti kedegilan DAP di Sarawak.

Di Melaka, PH menerima tamparan bersama Perikatan Nasional apabila BN tampil dengan kemenangan 2/3 majoriti kerusi Dun Melaka. BN menang 21 kerusi, PN hanya menang 2 kerusi dari 28 dan selebihnya milik Pakatan Harapan.

Walau ketika kempen PRN, nama besar DAP, PKR dan AMANAH turun bersama calon, ia tidak menjamin kemenangan PH. Begitu juga di Sarawak yang menyaksikan kemenangan besar GPS sekaligus menyebabkan PH hilang cengkaman di bumi Kenyalang.



 

LIM GUAN ENG BUKAN INDIVIDU ‘BERSIH RASUAH’

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ternyata bukan seorang yang telus dan bebas rasuah apabila seorang saksi mengaku Guan Eng meminta BAYARAN 10% dari jumlah satu projek di Pulau Pinang. Ini menimbulkan krisis kepercayaan rakyat terhadap bekas Menteri Kewangan PH. 

Bukan Guan Eng seorang sahaja yang berdepan kes di mahkamah. Ramai lagi dari PH berdepan kes rasuah di Mahkamah dan apabila ada sahaja kes, maka individu tersebut akan ‘lompat parti’. 

Anda sendiri boleh meneka siapakah ahli politik PH tersebut. Berubah sahaja kerajaan, maka ramai kalangan PH sudah merasai bahang dan mula beralih kepada bekas sekutu mereka dalam PH iaitu PPBM dengan harapan akan ‘diselamatkan’.



Pru14, rakyat dibentangkan dengan manifesto yang ‘manis’. Mei 2018 apabila Pakatan Harapan memerintah, manifesto PH sudah mula tinggal manifesto. Parti dalam PH sudah mula mahu menunjukkan taring masing-masing.

Mahathir yang digambarkan sebagai ‘Penyelamat’ tidak berfungsi sebaiknya kerana dikelilingi ahli parlimen PH yang ‘dungu’. Dasar-dasar yang diperkenalkan menyebabkan rakyat tertanya mengapa berbeza cara kerajaan PH memerintah dengan BN memerintah.

Memaksa rakyat menerima pendekatan baru mulai ditolak kerana berbeza dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto.



 

MANIFESTO ‘KENCING’ PAKATAN HARAPAN

Harga minyak tidak turun, hutang PTPTN kekal perlu dibayar, peluang sejuta pekerjaan semakin kabur, kerajaan asyik meminjam dari negara luar dengan menggunakan alassan membayar hutang 1MDB, skim bantuan rakyat mula diubah dan paling mengejutkan kemudahan untuk rakyat seperti Klinik 1Malaysia dimansuhkan kononnya pembaziran.

Sehinggalah berlaku krisis dalaman PH apabila desakan peralihan kuasa Mahathir-Anwar terjadi kerana rakyat semakin tidak mempercayai keupayaan Mahathir mentadbir negara waktu itu. Virus Novel Corona yang mula merebak di China juga tidak diendahkan PH dengan alasan tidak perlu sekatan dikenakan terhadap pelancong China. Natijahnya, rakyat Malaysia terpaksa tanggung sejak Januari 2020 sehingga sekarang.



Jika disenaraikan banyak kelemahan Pakatan Harapan berlaku sepanjang tempoh pemerintahan mereka. Kini dalam PRN Johor, mandat dipulangkan kepada rakyat seperti mana kemahuan yang sering dilaungkan Pakatan Harapan sendiri.

Sekiranya dalam PRN Johor ini sekali lagi PH kalah teruk, sewajarnya mereka membawa haluan masing-masing dalam berpolitik. Apa guna PKR, DAP, AMANAH bergabung tetapi menyusahkan rakyat?

Apa Salah Najib Pelawa QC perhati kesnya.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button