Rancangan PPBM adalah ‘kuburkan’ UMNO

 

Dari facebook Najib Razak

 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor-PPBM Johor menyatakan matlamat Muhyiddin Yassin dalam PRN Johor – menamatkan dominasi Umno, dalam erti kata lain menguburkan UMNO.

Solihan Badri juga menyatakan PPBM berhasrat untuk memastikan Umno yang merupakan teraju utama Barisan Nasional tidak lagi mampu bangkit selepas PRU15.

Menarik sekali alasan yang digunakan Muhyiddin bila beliau enggan mempertahankan kerusi Dun Gambir yang dimenanginya pada PRU14.

 

BACA SINI

Mengapa Muhyiddin tidak berterus-terang beliau sebenarnya gentar akan kalah teruk di Gambir? Beliau tidak sanggup berdepan dengan kemarahan pengundi Gambir atau beliau memang takut hilang undi kerana sudah tidak diyakini pengundi?

Selaku bekas Perdana Menteri yang dilabelkan netizen sebagai ‘Bapa Lockdown’, reputasi Muhyiddin sebenarnya telah merudum sebaik sahaja beliau bersetuju dengan Azmin Ali dalam ‘Langkah Sheraton’. 

PEMECATAN MAHATHIR

Merampas kedudukan Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri dilihat sebagai pengkhianatan terbesar kepercayaan pengundi Gambir kepadanya. Mereka yakin dengan kerjasama Mahathir-Muhyiddin dalam Pakatan Harapan adalah gandingan terbaik. 

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan terhadap Mahathir serta penyokong Pakatan Harapan itu sendiri. Lebih memualkan penyokongnya lagi, Muhyiddin menerima seorang individu yang ada video kontroversi masuk ke PPBM. 

Ternyata hasrat sebenar penubuhan PPBM terbongkar semasa kempen PRN Johor. PPBM sebagai teraju utama Perikatan Nasional mahu meniru kejayaan Barisan Nasional namun mereka masih dibayangi kekuatan UMNO yang terbukti mampu menjaga rakyat selama lebih 6 dekad.

Rakyat Johor boleh menilai sendiri kejijikan PPBM dalam politik. Apa nasib Johor sekiranya tampuk pemerintahan negeri diberikan kepada parti yang penuh kecelaruan dan krisis dalaman?

Mampukah parti lain selain BN menjaga kebajikan rakyat Johor sepertimana dilakukan BN Johor? Rakyat berkuasa untuk menentukan hala tuju kerajaan Johor.

PRN Johor ; BN tiada harapan menang di 10 kerusi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker