PRN Johor ; Hj Hadi ‘Kluster’ Duta makan gaji buta

Presiden Parti Islam Se-Malaysia-PAS, Tan Sri Hj Hadi Awang hari ini mencebik Barisan Nasional bila menyatakan BN sudah tidak relevan.

Kenyataan Hj Hadi ini menjelaskan niat sebenar parti itu melaungkan penyatuan parti politik di Malaysia. Beliau juga cuba menggambarkan PRN berlaku kerana gerakan tertentu yang beliau gelar sebagai ‘Kluster Mahkamah’.



Beliau juga menyatakan PRN ini adalah kehendak pemimpin dalam Umno yang tidak ada jawatan dalam kabinet kerajaan sedangkan di Johor, Sultan Ibrahim sendiri mahu sebuah kerajaan yang stabil bagi mentadbir Johor.

Mungkin Hadi boleh bermegah sekarang kerana beliau adalah Duta Khas Timur Tengah (bertaraf Menteri) yang hanya ‘makan gaji buta’ dalam kerajaan. 

Beliau menyatakan PAS mempunyai strategi tersendiri jika Umno masih berdegil mahu melakukan PRN di negeri-negeri lain selepas Johor. 



Beliau nampaknya seperti tidak boleh menerima kenyataan PAS sendiri tidak mampu untuk menang lebih dari satu kerusi di PRN Johor. 

Di Johor, PAS menuntut untuk bertanding lebih banyak kerusi dan Perikatan Nasional bersedia memberi PAS keistimewaan tersebut.

Di pihak Umno pula, Menteri Besar Johor sendiri telah menyatakan mereka menawarkan 4 kerusi ‘jamin menang’ namun PAS menunjukkan keegoan mereka dan menolak tawaran tersebut.

Hadi menyatakan PAS sendiri ada beberapa negeri yang mereka kuasai selain mengingatkan UMNO agar tidak menyusahkan rakyat dengan PRN.



Khairuddin digugurkan daripada AJK Pas – Abdul Hadi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button