24 kawasan alami gangguan kualiti air di Kuala Terengganu

 

Sebanyak 24 kawasan di daerah ini membabitkan 31,750 akaun Syarikat Air Terengganu (SATU) akan menghadapi gangguan kualiti air sehingga Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU Abdul Karim Endut berkata, gangguan itu berpunca daripada intrusi air masin pada muka sauk Pulau Musang membabitkan dua tangki iaitu Bukit Kecil dan Bukit Losong.

Katanya, 24 kawasan terjejas adalah pusat Bandar, Batu Buruk, Seberang Takir, Losong, Kumbang Buyung, Paloh, Pulau Russ, Kuala Bekah, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga.

“Gangguan turut membabitkan Kampung Durian Burung, Wakaf Che Kapur, Bukit Kubang Jambu, Kubang Parit, Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kampung Tok Ku, Seberang Baruh, Hiliran, Bukit Kecil, Pasir Panjang, Gong Kapas, Panji Alam, Gong Pak Maseh, Jalan Budiman, Wakaf Mempelam, Bukit Besar dan kawasan sekiranya” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Katanya, SATU sudah menerima bantuan daripada Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tasik Kenyir bagi melepaskan air daripada empangan berkenaan untuk menolak kemasukan air masin dalam memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna tidak terjejas.

“TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku dan memantau tahap bacaan kemasinan air dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, fenomena air pasang surut akan berlaku sehingga Mac depan dan sepanjang tempoh itu pengguna di kawasan terbabit berisiko mengalami gejala air masin atau payau.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button