DAP akan sedekahkan kerusi tradisi kepada MUDA?

 

Parti Ikatan Demokratik Malaysia-MUDA dijangkakan akan bertanding di PRN Johor bagi merebut kerusi Dun Johor buat pertama kali.

Namun demikian dipercayai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan bertanding di N15 Maharani atau N16 Sg Balang.

Beliau dijangkakan akan memilih salah satu kawasan kubu kuat DAP di Johor.

Ternyata Saddiq tidak berani bertanding dikawasan sendiri kerana mengetahui beliau tidak mempunyai potensi yang besar dikalangan pengundi Melayu.

Untuk menampakkan MUDA diterima baik pengundi, Saddiq dikatakan akan berunding dengan agar DAP memberi ‘sedekah’ kerusi tradisi DAP di Johor.

Antara kerusi tradisi DAP yang dijangkakan akan disedekahkan kepada MUDA ialah Skudai dan Perling. Tidak mustahil Saddiq akan turut mengintai kerusi lain yang difikirkan berpotensii untuk manang mudah dengan undi penyokong DAP.

Dikhabarkan sebagai pertukaran ‘sedekah’ kerusi Parlimen Muar akan diberikan kepada DAP pada PRU15 namun tidak diketahui samada rundingan tersebut akan berlaku atau tidak. Syed Saddiq dijangkakan akan bertanding di Parlimen Johor Baharu sebagai calon Parlimen pada PRU15.

Membaca strategi dan taktikal MUDA dalam PRN Johor, ternyata mereka hanya menumpang kepada kekuatan jentera DAP dan Pakatan Harapan.

MUDA masih belum mempunyai jentera pilihanraya, cawangan mahupun Bahagian yang kuat di Johor.

Baru-baru ini netizen mengkritik strategi Saddiq yang membuat ‘crowd funding’ bagi membiayai kempen MUDA untuk bertanding di PRN johor.

Netizen mempersoalkan apa keperluan MUDA dan Saddiq berbuat demikian jika tahu tidak mampu bertanding apatah lagi memberi khidmat yang sempurna kepada pengundi.

Hanya bergantung kepada populariti Syed Saddiq, MUDA boleh dianggap sebagai ‘langau’ dalam politik negara.

Sehingga hari ini Syed Saddiq masih belum berani menyatakan kerusi mana yang akan beliau tandingi pada PRN Johor.

PPBM Johor umpama ‘anak ayam hilang mak’

 

 

Leave a Reply