Kecoh di Twitter, Mia Sara mohon maaf

 

Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 17, memohon maaf atas salah faham yang timbul susulan ciapan dilayangkan di Twitter, kelmarin.

Mia atau nama sebenar, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan berkata, ciapan dikongsi bersifat positif, namun, disalah erti segelintir pihak berikutan coretan dibuat dalam Bahasa Inggeris.

“Ciapan saya tidak jelas disebabkan dalam Bahasa Inggeris dan ramai keliru. Saya buat ciapan itu kerana di TikTok, ramai ‘tag’ saya pada foto gadis bertudung hitam dengan mata bercelak.

“Mereka kata gadis itu cantik seperti Mia Sara. Sesetengah gadis tak suka disamakan. Kenapa mereka tak boleh jadi cantik disebabkan diri sendiri? Saya sokong pendapat itu.



“Bagi saya, masing-masing ada kecantikan sendiri. Itu yang saya mahu sampaikan, bukan menyatakan mereka cantik macam saya. Tetapi orang salah faham ciapan saya,” katanya.

Mia tidak marah dengan kepada mana-mana pihak yang salah faham.

“Apabila saya baca ciapan itu, saya juga keliru. Itu kesilapan saya dan saya terima. Disebabkan itu, saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan ayat saya,” katanya.

Justeru, Mia berharap insiden itu tidak berlarutan dan tidak ada pihak yang salah faham.

“Ciapan saya tidak lain dan tidak bukan untuk menyebarkan kesedaran bahawa masing-masing cantik dengan cara tersendiri. Bukan sebab dia nampak seperti orang lain.

“Sejujurnya, saya tak sangka ciapan itu boleh tular. Saya berada di kawasan di mana jaringan internet kurang baik. Jadi, selepas kira-kira sembilan jam, baru saya perasan ramai yang membalas ciapan itu secara negatif.

“Niat saya positif, hendak cakap benda baik,” katanya.

Terdahulu, Mia melayangkan ciapan memaklumkan dirinya ‘letih’ sering disamakan dengan gadis lain di TikTok yang memakai tudung hitam dan bercelak mata.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker