Krisis PPBM memuncak, Zuraida bakal di’tendang’?

 

Krisis dalaman yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM dikatakan semakin memuncak. Zuraida Kamaruddin dikatakan bakal di’tendang’ keluar dari parti tersebut.

Dalam laporan FMT, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Muhammad Faiz Na’aman mengakui laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Online berkaitan ketiadaaan Zuraida didalam kumpulan Whatsapp 30 MPT termasuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdapat laporan bahawa Zuraida dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia dan bakal menganggotai parti itu dalam masa terdekat serta menarik keluar semua penyokongnya dari PPBM.

 

Bagaimanapun tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut. Faiz Na’aman dalam pada itu menyatakan hal dalaman PPBM tidak wajar dipolemikkan.



Ramai menjangkakan krisis dalaman PPBM ini akan berlarutan berikutan keengganan Muhyiddin bertanding di PRN Johor.

Kekalahan memalukan di PRN Melaka turut dikaitkan dengan kegagalan Menteri PPBM yang gagal menarik perhatian pengundi Melaka tempohari. 

Menarik sekali episod krisis dalaman PPBM kerana Zuraida bukanlah ahli PPBM yang asal semasa penubuhannya. Beliau menyertai PPBM setelah keluar dari PKR kerana krisis kepimpinan antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. 

 

Sebelum bertindak keluar dari PKR, Zuraida pernah memburukkan Anwar di hadapan audien dalam satu ceramahnya. Jadi tidak mustahil jika ahli PPBM berprasangka buruk terhadap kesetiaan Zuraida kepada PPBM.



Zuraida menang Parlimen Ampang di atas tiket Pakatan Harapan yang menggabungkan PPBM, DAP, PKR dan AMANAH. Bagaimanapun PH tumbang selepas 22 bulan memerintah berikutan ‘Langkah Sheraton’ yang digerakkan Azmin Ali.

DAP akan sedekahkan kerusi tradisi kepada MUDA?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker