Lapan kematian baharu direkod, tiada BID

foto hiasan

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 32,000 orang, daripada 2.88 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antaranya kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 61,426 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 53,805 individu atau 87.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,209 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).



Sebanyak 3,298 kes dirawat di hospital dan 114 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 58 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 56 lagi memerlukan mesin ventilator.

awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button