MUDA tandingi 56 kerusi di Johor?

Menjelang tarikh PRN Johor, parti-parti politik semakin hangat menyusun gerak kerja mereka bagi memenangi hati pengundi. Tidak terlepas juga MUDA yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun demikian, dari hasil tinjauan yang dilakukan selama 3 hari di parlimen Muar, populariti Syed Saddiq serta bakal calon MUDA tidak begitu menonjol dikalangan pengundi Dun Sg Balang dan Dun Maharani.

Sehingga hari ini masih tidak kelihatan kelibat lambang MUDA dimana-mana kawasan dalam Muar tidak seperti lain-lain parti yang telah siaga dengan lambang masing-masing.



Sebagaimana dilaungkan Saddiq, MUDA sebenarnya perlu bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor bagi membawa perubahan yang dijanikan beliau untuk rakyat Johor.

Jika MUDA hanya sekadar bertanding sekitar 3 – 4 kerusi Dun, maka tiada sebarang perubahan mampu dibawakan MUDA kepada rakyat Johor.

Selama ini semua pihak menjangkakan Syed Saddiq sangat diterima pengundi Muar namun hakikat sebenarnya agak bertentangan dengan apa yang dipaparkan dalam media sosial.



Meninjau populariti Syed Saddiq dikalangan pengundi Melayu di kedua-dua DUN dalam parlimen Muar, Saddiq hanya mendapat tempat dikalangan pengundi kerana percaya kepada manifesto Pakatan Harapan pada PRU14.

Parti MUDA dan Syed Saddiq selama ini hanya menumpang populariti Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM dan dalam masa sama menjalinkan kerjasama dengan DAP untuk menjamin kemenangan beliau di Parlimen Muar.

Syed Saddiq
Sumber Foto – Google

SENGAJA KRITIK ULU TIRAM UNTUK TUNJUK MUDA HEBAT?

Kisah beliau tersalah kritik wakil rakyat Dun Ulu Tiram dikatakan memang disengajakan. Ada arahan tertentu di belakang tabir yang mahu beliau menerjah ke Ulu Tiram serta memberi gambaran bekas wakil rakyat tidak berkhidmat kepada rakyat.

Dipercayai ini adalah untuk menunjukkan kepada ‘pengarah belakang tabir’, MUDA boleh menang dikawasan tersebut walau terpaksa melanggar parti sekutu Pakatan Harapan.



Sehingga hari ini, Syed Saddiq tidak berani menyatakan di kerusi mana akan beliau tandingi dalam PRN Johor. Namun demikian dipercayai Saddiq akan bertanding di Dun Perling, kawasan tegar DAP.

 

Krisis PPBM memuncak, Zuraida bakal di’tendang’?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button