Resepi Putu Mayam sedap dan mudah

 

Resepi Putu Mayam

Bahan-Bahan Resepi Putu Mayam Yang Sedap Dan Simple :

Bahan putu mayam

2 cawan air
1 sudu teh garam
2 cawan tepung beras
1 sudu makan minyak jagung
Gula merah hiris halus
Kelapa parut putih gaul sikit garam
daun pisang

Cara Mudah Membuat Resepi Putu Mayam Yang Sedap Dan Simple

Mula-mula siapkan daun pisang yang dah di cuci bersih dan keringkan daun pisang tu, potong daun kelapa dengan gunting bentuk bulat dan sapukan sikit minyak jagung supaya adunan putu mayam tidak melekat pada daun pisang kemudian tepikan.

Lepas tu panaskan air hingga mendidih, jika air dah mendidih masukkan minyak jagung bersama garam dan gaul hingga rata.

Tutup api tu dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit hingga semua tepung beras masuk nak air minyak dan garam tadi, kacung hingga adunan menjadi doh yang lembut.

Semasa adunan tu masih panas masukkan dalam acunan maruku dengan pilih lubang yang paling kecil tuk putu mayam.

Kemudian putar acunan maruku bentuk bulatan dan biarkan adunan bertali tu jatuh di atas daun pisang yang dah siapkan bentuk bulat tadi, jangan terlalu tipis dan jangan pula terlalu tebal.

Lepas tu siapkan kukusan, masukkan putu mayam dalam kukus.

Sebelum tu biarkan air dalam kukusan tu mendidih kemudian kukus putu mayam tu, hendaklah tutup kukusan tu dengan kain supaya air pada tutup kukusan tu tak menitik pada putu mayam tu yang buakan putu mayam tu lembik nanti.

Kukus dalam masa 3 minit lepas tu angkat dan toskan, lepas tu dah boleh hidangkan bersama kelapa putih parut dengan sikit garam juga gula malaka atau gula merah hiris halus.

Nak warna putu mayam warna hijau, air yang digunakan air pandan dengan cara ambil 5 helai daun pandan campur dengan 2 cawan air dan kisar kemudian tepis.

Kredit : Resepimasakanlengkap

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker