PPBM Johor bakal hilang lebih ramai ahli

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM Johor dijangkakan akan kehilangan lebih ramai ahli selepas penamaan calon PRN Johor tidak lama lagi.

Dalam pertemuan dengan ahli PPBM Johor baru-baru ini , mereka meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui Presiden PPBM sendiri tidak berani mempertahankan kerusi Dun Gambir.

Bagi mereka apabila Muhyiddin sendiri tidak berani bertanding di kawasan yang dimenanginya, maruah PPBM sudah tiada. 

MENJELANG PENAMAAN CALON, RAMAI AHLI PPBM BAKAL KECEWA

Mungkin sekarang mereka masih berdiam diri kerana mahu memerhatikan gerak langkah Muhyiddin mengemudi PPBM menghadapi PRN Johor, namun sudah ada yang bertekad akan bertindak keluar parti sebaik penamaan calon selesai.

Seperti yang dapat dilihat sekarang, sudah banyak cawangan PPBM Johor terbubar apabila ahli bertindak keluar parti.

Bagi kalangan ahli PPBM, apa guna mereka sahaja yang bermatian memperjuangkan parti apabila ‘Panglima Perang’ sendiri tidak berani turun padang.

Tindakan Muhyiddin yang dikatakan bertemu NGO dan orang perseorangan secara diam-diam mendatangkan persoalan besar.

Tidak diketahui apa motif pertemuan tetapi ada sumber menyatakan pertemuan ada kena mengena dengan bakal calon PPBM.

Apa peluang kepada mereka yang selama ini bersama Muhyiddin dalam parti sejak ditubuhkan? Ketika mahu menghadapi PRU14, kerja keras mereka ditagih namun menjelang PRN Johor mereka diketepikan dan beri peluang kepada yang selama ini tidak membantu parti?

Muhyiddin Mengadap Hj Hadi

PEMBAHAGIAN KERUSI KOMPONEN KECILKAN DOMINASI PPBM

Itu belum memasuki fasa rundingan dalam Perikatan Nasional mengenai pembahagian kerusi. PPBM yang sepatutnya dominan dalam pembahagian kerusi kini terhimpit dengan permintaan sekutu mereka PAS dan Gerakan. 

Ini akan mengecilkan lagi jumlah kerusi yang akan ditandingi PPBM sendiri dan kemungkinan sekutu mereka kalah dalam PRN johor juga agak besar. Seperti semua maklum, pembahagian kerusi dalam komponen Perikatan Nasional juga telah membawa kepada kekalahan besar PN semasa PRN Melaka.

Ini antara risiko yang ahli PPBM Johor enggan ambil sebagai bebanan berdepan pertembungan beberapa penjuru kelak.

WARISAN, Putra, Bebas sudah tentu akan meletakkan calon mereka di kerusi yang turut ditandingi PN selain cabaran PH dan BN. Malah kekeliruan pengundi memilih lambang apa yang akan mereka pangkah turut menjadi antara topik hangat di Johor.

Ramai masih ingat PPBM menggunakan lambang PKR semasa PRU14 dan tidak menggunakan lambang PPBM sendiri semasa PRN Melaka sebaliknya menggunakan lambang Perikatan Nasional.

MUDA tandingi 56 kerusi di Johor?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker