Bawa tom yam saja, jangan bawa Covid-19 – MB Perak

 

“Kalau dia (warga Thailand) nak datang balik, dia kena bawa tom yam saja..jangan dia bawa dengan Covid-19 sekali,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata, kerajaan negeri Perak tiada halangan dengan keputusan pengumuman sepenuhnya pembukaan semula sempadan negeri.

“Perak ini sempadan negara dengan Thailand sahaja di Pengkalan Hulu.

“Itu adalah adalah cadangan dan keputusan Majlis Pemulihan Negara (MPN), kita tiada halangan kerana itu dikatakan sebagai sebahagian daripada kaedah dan cara untuk memulihkan semula ekonomi.


“Sekarang ini, sebagai contoh kita mendapat rungutan banyak kedai tom yam tak buka-buka lagi, jadi apabila mereka ini balik adalah pertumbuhan ekonomi Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas apabila ditanya berhubung persediaan kerajaan negeri susulan pengumuman cadangan pembukaan semula sempadan negara.

Saarani berkata, bagaimanapun susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, pihaknya akan memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

“Hari ini kita tengok kes meningkat lebih 17,000, kita tidak tahu daripada Thailand (mungkin) berapa banyak kes.

“Kalau nak dibuka sempadan, SOP mesti sangat ketat dan betul-betul dipatuhi, ini kerana kalau tidak yang akan menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia khususnya Perak,” katanya.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker