Jentera BN Melaka berkampung di Muar, bimbangkan Syed Saddiq

 

BN Melaka yang diketuai Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh sudah mula berkampung di Muar bagi membantu kempen PRN Johor.

Jentera BN sudah dikerahkan turun di beberapa kawasan di Muar dalam usaha membantu kempen BN di Parlimen Muar.



Kejayaan Rauf mengemudi BN Melaka meraih kemenangan besar BN dijadikan inspirasi BN Johor dalam PRN Johor.

Zon Utara melibatkan Parlimen Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri dan Muar sendiri.

Kehadiran gerombolan BN Melaka, dipercayai telah membimbangkan Presiden MUDA, Syed Saddiq.

Syed Saddiq dikatakan bimbang dengan kehadiran Rauf bersama jentera BN yang jauh lebih berpengalaman berbanding dengan MUDA.



Tindakan Syed Saddiq tidak bertanding dalam Dun Maharani sudah jelas membuktikan bukan sahaja MUDA tidak relevan kepada pengundi Muar.

Apa guna mendabik dada mengatakan MUDA boleh membawa perubahan bila diri sendiri tidak berani berdepan cabaran di tempat sendiri?

Adakah Saddiq gentar dengan kehadiran jentera Melaka yang sudah berkampung di Muar lantas memilih untuk bertanding di luar kawasan?



Selaku Panglima Perang, kehadiran Rauf dan jentera BN Melaka membantu kempen PRN Johor akan membawa impak positif bukan sahaja kepada pengundi Maharani dan Sg Balang malah dijangkakan  mampu membawa perubahan besar di Zon Utara.

PH bakal berpecah, MUDA jadi ‘duri dalam daging’

 



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button