Pfizer bakal raih RM210 billion hasil jualan vaksin Covid-19

 

Pfizer meramalkan keuntungan lebih AS$50 bilion (RM209 bilion) pada 2022 hasil jualan untuk vaksin Covid-19 dan rawatan terapeutiknya.

Jangkaan itu dibuat selepas gergasi farmaseutikal itu melaporkan lebih dua kali ganda keuntungan tahunan daripada jualan kukuh vaksinnya.

Vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer bersama rakan kerjasama dari Jerman, BioNtech adalah imunisasi pertama diluluskan di Amerika syarikat (AS) untuk melawan virus maut tersebut.

Pfizer melihat pendapatan 2022 yang lebih rendah untuk jualan vaksin berbanding tahun yang baru selesai tetapi penyerapan keuntungan adalah besar hasil daripada pil Covid-19 iaitu Paxlovid.

Ketua Eksekutif Pfizer, Albert Bourla menyifatkan 2021 sebagai tahun aliran air untuk Pfizer sambil menambah usaha memerangi pandemik secara asasnya telah mengubah dasar syarikat tersebut selama-lamanya.

Penganalisis juga telah mengunjurkan keuntungan 2022 yang lebih tinggi berbanding dengan ramalan syarikat.

Pfizer melaporkan keuntungan tahunan sebanyak AS$22 bilion (RM92 bilion) lebih dua kali ganda berbanding paras 2020.

Pendapatan tahunan juga hampir dua kali ganda kepada AS$81.3 bilion (RM334 bilion) dengan AS$36.8 bilion (RM151 bilion) daripadanya adalah hasil jualan vaksin Covid-19.

Bagi tahun 2022, Pfizer menjangkakan keuntungan AS$32 bilion (RM134 bilion) daripada vaksin Covid-19 dan pendapatan AS$22 bilion (RM92 bilion) bagi Paxlovid.

Bourla berkata syarikat itu sedang mengusahakan calon vaksin baharu bagi mengatasi varian Omicron serta rawatan Covid-19 oral buat generasi akan datang.

– AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker