Diva AA sound Iqbal terus balik, takut berdepan media selepas tersingkir Big Stage

Selebriti dan pengacara kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menempelak peserta Big Stage 2022 (BS22), Iqbal Zulkefli susulan tindakannya pulang awal tanpa menemui pihak media sebaik namanya diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir menerusi program realiti nyanyian itu.

Menerusi laman Twitternya, Diva AA menulis, “Gelupuh mencelanak lari? Ya ker tak sihat atau kau takut kena kecam direct by press?”

Menerusi laporan media, sebaik namanya disingkirkan Iqbal, 28, tidak dapat menghadirkan diri ke bilik sidang media ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan.

Menerusi konsert BS22 minggu kedua, juri tetap, Ajai hanya memberikan empat markah kepada Iqbal menerusi lagu Ketahuan yang dibawakannya.

Penyertaan bekas pembantu peribadi usahawan kontroversi Datuk Seri Vida itu menerima kecaman ramai pihak kerana dikatakan tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Selain netizen, penglibatan Iqbal dalam program itu turut dikritik beberapa selebriti tempatan seperti Datuk Hattan dan ahli kumpulan Floor88, Eric Fuzi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker