Majikan swasta disaran beri ruang buat pekerja mengundi PRN Johor

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berharap majikan dapat memberikan peruntukan masa sewajarnya kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi.

Menurutnya, jika 12 Mac adalah hari bekerja, majikan tidak perlu memberikan cuti khas kepada yang layak mengundi, sekadar tempoh yang munasabah untuk mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan.

“Majikan mempunyai tanggungjawab tidak menghalang pekerja yang menjadi pengundi berdaftar mengundi pada hari berkenaan. Tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan.



“Contohnya, sebahagian masuk bekerja lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat, ladang, pasar raya atau kilang sebelum pusat pengudian ditutup,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor diadakan pada 12 Mac ini dengan hari mengundi awal ditetapkan pada 8 Mac, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

 

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button