Adik Heliza Helmi Dilamar Jadi Isteri Shuib? Ini Jawapan Hazwani Helmi

Masih lagi menjadi misteri nampaknya mengenai siapakah bakal calon isteri kepada Shuib.

Namun, baru-baru ini tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi telah dikaitkan dengan usahawan duda anak empat itu.

Berikutan itu, Hazwani yang ditemui sebuah media tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut yang dianggapnya sebagai tidak benar dan tiada asas.

Akui Hazwani yang juga seorang penyanyi dan pelakon, dia berasa terkejut dan menganggap Shuib juga begitu kerana mereka berdua tidak pernah berjumpa mahupun berhubung.



“Terkejut macam mana wujud gosip itu. Memang tak benar sama sekali. Tertanya juga bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni. Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul,” katanya memetik mStar.

Jelasnya lagi, dia mengenali Shuib sebagai pelawak dan artis namun tidak secara peribadi.

Dalam pada itu, Shuib ambil maklum mengenai khabar angin tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak mengenali Hazwani secara peribadi.

“Saya tidak pernah berjumpanya (Hazwani). Jadi macam mana pula kami boleh dikaitkan?” komen Shuib.



Sementara itu, Hazwani berharap netizen di luar sana menapis terlebih dahulu sebarang berita yang didengari di media sosial.

Perkembangan lain, Hazwani bersama kakaknya, Heliza dilaporkan bakal membintangi sebuah filem terbaru iaitu Road To Heaven yang akan menjalani penggambaran di Palestin pada bulan Jun nanti.

 

Beautifulnara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker