Stesen minyak berkabus di Genting viral, sampai terpaksa panggil polis untuk kurangkan kesesakan

Stesen minyak berkabus di Genting viral, sampai terpaksa panggil polis untuk kurangkan kesesakan

Jika sebelum ini sesebuah restoran atau kedai makan akan menjadi viral sehingga menjadi tumpuan ramai sekiranya dikongsikan di media sosial.

Namun kali ini, sesuatu yang menarik apabila sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang menjadi sesak gara-gara kehadiran orang ramai yang mahu mengambil gambar pemandangan di sekitar lokasi tersebut yang dikatakan sangat cantik lebih-lebih lagi ketika dilitupi kabus.

Menerusi perkongsian di media sosial, pihak polis terpaksa dipanggil bagi meleraikan kesesakan di kawasan tersebut baru-baru ini.



Rata-rata netizen menyifatkan tindakan orang ramai yang berhimpun di situ telah menimbulkan kesukaran untuk individu lain yang mahu mengisi minyak di lokasi berkenaan.

“Menyusahkan orang nak isi minyak, semata-mata nak selfie.

“Ha, bagus… punya la susah nak isi minyak sebab ramai sangat duk buat ramai tang ni.

“Owner (stesen minyak), orang nak isi minyak, ni datang nak bergambar sahaja,” kata netizen.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker