Bela anjing, Julia Farhana tak ambil hati teguran netizen

Nama pelakon Julia Farhana Marin, 28, tidak semena-mena hangat diperkatakan selepas dia mengaku memelihara seekor anjing baru-baru ini.

Menurut Julia, walaupun ramai pihak mengecam tindakannya itu namun dia menerima segala teguran secara positif.

“Sejujurnya, saya terima semua teguran. Banyak lagi perkara saya perlu pelajari. Banyak yang saya belajar daripada masyarakat.

“Mereka suka tegur dengan cara baik. Saya lebih suka fokus kepada sisi positif dalam setiap situasi.

“Seperti apa yang berlaku, sentiasa ada sesuatu untuk dipelajari dan saya tidak ambil hati,” katanya memetik Berita Harian.

Julia sebelum ini pernah memuat naik sebuah video di Instagram memperlihatkan aksi anjing peliharaannya, Julio yang setia menunggu di hadapan biliknya.

 

Leave a Reply