“Jangan kacau orang lain nak vaksin anak mereka..” – KJ

Individu yang tidak mahu kanak-kanak melakukan proses vaksinasi diminta tidak mengganggu golongan ibu bapa yang mahu berbuat demikian.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, malah terdapat pihak menyebarkan fitnah bahawa anak bongsunya Raif Averroes hanya disuntik dengan ‘angin’ di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lalu.

 

Namun, ahli Parlimen Rembau itu bersyukur apabila pendaftaran bagi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) semakin meningkat berikutan ibu bapa mahu memberikan perlindungan kepada anak-anak.

 

“Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak. Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin..
“…semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, Khairy turut berkongsi graf perbandingan pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak mengikut jumlah dos dan peratusan negeri.

“Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat,” katanya.

Berdasarkan graf tersebut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi dengan 52 peratus, manakala negeri Kelantan pula merekodkan pendaftaran tercorot hanya dengan tujuh peratus setakat ini.

 

Ohmymedia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker