Keputusan kes saman Ali Puteh terhadap Nor Hidayah dibicarakan esok

Keputusan kes saman Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ali, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan.

“Syukur selepas dua tahun kes ini berlangsung, akhirnya keputusan bakal tiba juga. Saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan hakim selepas semua prosedur berlangsung.



“Selain itu, saya juga serahkan semua ini kepada Allah untuk menentukan jalan terbaik,” katanya.

Menurutnya, tindakan yang diambilnya ini dibuat semata-mata untuk Allahyarham abangnya, Abam Bocey dan ibu mereka, Sabariah Arshad.

“Selepas apa yang terjadi semasa prosiding mahkamah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yang dianiaya.

“Allah uji saya sekeluarga apabila benda yang kita tak buat, orang kata kita buat. Mula-mula agak panas dan geram apabila benda ini tular. Kecaman yang diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yang kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan,” katanya.



Ali berkata, selepas selesai semua prosiding dalam mahkamah, baharulah dia nampak apa sebenarnya yang terjadi.

“Saya kini dah tak takut dengan kecaman netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yang maki hamun di balai polis. Ada juga yang jumpa di luar dan ada yang datang rumah. Ada juga yang hanya kirim video mohon maaf.

Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu apa yang terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu dan hanya komen sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.



Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali mengesahkan keputusan kes ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.

Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button