PRN Johor: Makkal Sakthi harap dapat kerusi dari BN

Presiden parti Makkal Sakthi Malaysia, RS Thanenthiran berharap parti itu akan diberi peluang untuk bertanding menggunakan tiket BN sesuai dengan dasar mereka sebagai parti mesra dengan gabungan berkenaan.

RS Thanenthiran bagaimanapun berkata mereka tidak membuat sebarang permohonan secara rasmi kepada BN bagi menyertai PRN Johor.

Makkal Sakthi menyasarkan empat kerusi parlimen dan lima kerusi DUN pada PRU akan datang dengan satu daripadanya berada di Johor.

“Kami harap pucuk pimpinan BN di bawah pimpinan Ahmad Zahid Hamidi memberi peluang kepada Makkal Sakthi untuk turut bertanding bersama-sama komponen BN pada kali ini,” katanya.



hanenthiran juga berkata parti itu tidak akan berasa kecewa sekiranya tidak diperuntukkan kerusi pada PRN ini.

“Kami tidak paksa pucuk pimpinan BN untuk mendapatkan kerusi. Yang penting adalah kemenangan BN,” katanya.

Makkal Sakthi adalah antara beberapa parti politik yang masih menunggu permohonan untuk menjadi komponen BN.

Buat masa ini, BN mempunyai empat parti komponen iaitu Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).



PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac ini.

Malaysiakini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker