Isteri Lebih Selesa Tidak Bertudung Jika Keluar Berdua, Yonnyboii Harap Peminat Tak Terkejut Kalau Terserempak

Penyanyi, Yonnyboii berharap agar peminat tidak terkejut jika ada terserempak dengan isterinya, Nik Nazira Narriman, 22, di tempat awam dalam keadaan tidak bertudung,

Menurut laporan, Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata sedemikian kerana enggan menimbulkan salah sangka.

Katanya, isteri masih lagi dalam proses belajar menutup aurat dengan sempurna jadi dia bertudung ‘casually’.

“Isteri saya bertudung casually. Dia memang masih belum bertudung penuh dan sedang belajar lagi.”

Jelas Yonnyboii lagi, kebiasaannya jika mereka keluar berdua isterinya lebih selesa tidak mengenakan hijab, mengikut pada situasi.

Mengulas lanjut, dia akui tidak mahu memaksa isteri berbuat begitu dan bersama-sama dalam belajar untuk memperbaiki diri masing-masing.

“Cuma dalam sepanjang tempoh ini, isteri belum tunjukkan imej tanpa tudung di laman sosial. Kalau dekat luar orang nampak tak apa la,” katanya.

Memetik mStar, penyanyi lagu Sakit itu hadir bersama isteri yang tidak mengenakan tudung pada Majlis Penganugerahan Muzik 2021 Joox, semalam.

Sekadar info, pasangan itu baru mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur.

 

Beautifulnara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker