“Ibu Dari Dulu Memang Kurus, Tiada Kena Mengena Ketagihan Dadah”

Meskipun ada segelintir pihak merasakan Puteri Balqis dipergunakan oleh ibunya, Norashikin Mohd. Aziz namun pelakon itu berkata sudah menjadi tanggungawabnya sentiasa bersama ibu ketika susah senang.

Menurut gadis berusia 15 tahun itu, biarpun apa terjadi ataupun ibunya dikecam teruk dia tetap akan mempertahankan syurganya itu.

“Sebab dia ibu kan. Ibu saya dikecam satu Malaysia, saya seorang sahaja yang akan mempertahankan dia. Siapa lagi. Kalau nak harapkan orang lain sebenarnya, ada sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan kami tapi mereka tak nak dengar.



“Jadi, saya yang akan lantangkan suara untuk ibu dan apabila ibu menulis, saya yang angkat kata-kata indah ibu sebab saya anak dia,” katanya.

Menjawab tuduhan orang ramai bahawa ibunya seorang penagih dadah, Balqis berkata ibunya sememangnya kurus sejak dahulu lagi dan tiada kaitan dengan ketagihan dadah.

“Apabila mereka cakap tentang addiction (ketagihan dadah) apa semua, saya cuma boleh cakap, ibu dari dulu orangnya memang kurus.

“Masalah metabolisme. Jadi, memang tiada kena mengena dengan addiction. Kalau bercakap dengan ibu, orangnya sangat indah. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat poetic (berpuisi).



“Jauh beza kalau nak disamakan dengan addiction. Sejak bila? Dan fitnah itu besar tapi saya tak boleh tutup mulut orang,” katanya.

Dalam pada itu, Balqis berkata siapa lagi yang akan mempertahankan ibunya jika bukan dirinya. Ujarnya, dia tidak mahu jadi Balqis dulu yang gagal pertahankan ibunya.

“Saya akan lantangkan suara apabila netizen cakap, tak usah pertahankan ibu sangatlah, menjengkelkan dan sebagainya. Saya nak tanya, siapa lagi nak pertahankan kalau bukan saya?

“Saya sahaja yang ada dan saya akan terus pertahankan ibu. Saya tak nak jadi Aqish yang dulu, yang gagal untuk pertahankan ibu kerana itu satu kesilapan besar. Jadi sekarang ini, saya tak kisah apa orang nak cakap, annoying (menjengkelkan) ke, itu ibu saya,” katanya.



 

Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button