Kini Bergelar Pelakon! Iqbal Zulkefli Kagum Dibimbing Zul Ariffin

Selepas teruk dikecam kerana menyertai proram realiti Big Stage 2022, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mula beralih arah dengan menceburi bidang lakonan. Malah, dia kini sedang menjalani penggambaran di bawah arahan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.

Menurut Iqbal, dia berasa kagum dengan aktor kacak, Zul Ariffin yang banyak membantu menghidupkan wataknya dalam lakonan drama tersebut.

Saya sangat kagum cara Zul Ariffin bekerjasama dengan saya sebagai orang yang tidak pernah berlakon, beliau banyak bantu hidupkan watak saya. Terhutang budi Zul Ariffin sudi bimbing saya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia akan menyertai kelas lakonan bersama pelakon lagenda, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy secara peribadi jika berkelapangan.



“Jika ada hari kosong, saya akan ke kursus lakonan dengan Kak Ogy secara personal. Doakan saya dapat buat yang terbaik,” katanya lagi.

Nama Iqbal sebelum ini menjadi kecaman ramai kerana menyertai program realiti Big Stage 2022 dan disifatkan tidak mempunyai bakat nyanyian. Iqbal juga menjadi peserta pertama tersingkir dari program itu selepas mendapat markah yang terendah.

 

Murai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker