Nora Danish Nak Anak Perempuan, Suami Kata Akan Usahakan

Baru-baru ini perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila menyatakan hasrat mahu memiliki anak perempuan.

Menerusi entri itu, Nora memberitahu anak bongsunya, Ney Ney turut mahukan seorang adik perempuna serta memintanya untuk ‘membeli’ di Lazada.

“Saya rasa, saya perlukan anak perempuan la. Ada sesiapa nak jual? Heheh. NeyNey suruh beli adik perempuan dia di Lazada,” tulisnya.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan permintaan Ney Ney itu kerana mahu membeli adik perempuan.



Malah, rata-rata netizen turut bersetuju jika Nora menambah cahaya mata dan jika dikurniakan anak perempuan pasti comel seperti pelakon itu.

Sementara itu, komen suaminya iaitu Nedim Nazri turut menjadi perhatian apabila meminta netizen supaya bersabar kerana dia akan usahakan.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga 30 Mac 2017 dan dikurniakan Mohamed Neqayl yang kini berusia empat tahun.

Nora juga turut mempunyai seorang anak lelaki Putra Rayqal hasil perkongsian perkahwinan bersama Rizal Ashram Ramli serta seorang anak tiri Mohamed Nedrin.



 

Rotikaya

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker