Selidik Harga Jam Tangan Mewah BTS, Setiap Satu Boleh Cecah Hingga RM330 Ribu!

Bercakap soal fesyen BTS, ramai yang tahu setiap satu pakaian atau aksesori mereka berharga lebih daripada apa yang kita bayangkan. Jadi entri kali ini DIVA MY nak kongsikan mengenai jam tangan mewah setiap ahli BTS.

Walaupun ada banyak jam tangan dalam koleksi mereka, tetapi yang ini paling kerap dipakai atau dilihat memakainya. Semak di bawah;

Jin

Meminati jenama jam tangan Rolex, Jin dikatakan memiliki dua jam tangan Rolex Perpetual Day-Date 36. Yang menariknya dia memilih warna Everose gold kerana sukakan warna merah jambu. Manakala satu lagi jam tangan berwarna emas putih.

Foto – Pinterest

Kedua-dua jam tangan ini bertatahkan berlian dan didatangi dalam dail 36mm, sarung emas putih 18K dan bezel set berlian. Harganya pula berharga sekitar RM 230,312.50.

Jimin 

Bagi Jimin pula, dia memiliki jam tangan Cartier Tank Américaine yang berharga sekitar RM 26,381.25. Jam tangan mewah ini didatangi dengan set mahkota oktagon dengan spinel sintetik biru, dail perak dan tali kulit buaya biru laut yang berkilat.

Foto – Pinterest

Info: Jam tangan Cartier Tank Américaine dihasilkan oleh Louis Cartier yang diinspirasikan oleh kereta kebal di medan perang WWI.

Taehyung 

Taehyung atau lebih dikenali sebagai V pula sering dilihat memakai jam tangan Gucci dan Jaeger-LeCouture.

Foto – Pinterest

Untuk jam tangan jenama Gucci, dia memilih Le Marché des Merveilles 38mm. Manakala jam tangan jenama Switzerland pula adalah Master Eight Days dan Duomètre Quantième Lunaire dalam warna pink gold.

Untuk pengetahuan kamu, jam tangan Jaeger-LeCouture Duomètre Quantième Lunaire adalah hadiah pemberian peminat China ketika hari lahir V. Harganya bernilai sekitar RM 146,562.50.

Suga 

Rapper kumpulan BTS iaitu Suga pula mempunyai dua jam tangan Rolex. Antaranya adalah Oyster Perpetual Datejust 36 dalam warna perak dan Audemars Piguet Royal Oak Self Winding Automatic. 

Foto – Pinterest

Untuk harga jam tangan Rolex Audemars Piguet Royal Oak Self Winding Automatic, harganya dikatakan bernilai sekitar RM 175,875.

Jungkook 

Bagi maknae BTS, Jungkook dilaporkan memiliki 9 jam tangan Rolex seperti Submariner (RM 62,812.50), Cosmograph Daytona (RM 146,562.50) dan Day-Date 36 (RM 154,937.50).

Foto – Pinterest

J-Hope 

Si fashionista BTS, J-Hope pula memiliki jam tangan mahal iaitu 37mm frosted gold Audemars Piguet Royal Oak Self Winding. Jam tangan ini berharga sekitar RM 213,562.50 kerana ia dibuat khas oleh pereka barang kemas Carolina Bucci.

Foto – Pinterest

Namjoon

Yang terakhir adalah Namjoon atau dikenali sebagai RM. Ketua BTS ini sering memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus 5712R dalam warna rose gold. Harganya pula bernilai sekitar RM 209,375.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, dia juga dikatakan memiliki Rolex Perpetual Day-Date 40 yang bernilai antara RM 322,437.50 dan RM 418,750.

Mahal-mahal kan jam tangan mereka. Antara jam ahli BTS di atas, mana satukah yang menarik perhatian kamu?

 

Diva.my

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker