Dah dua tahun Ashraf Sinclair ‘tiada’, BCL tetap rindu

Kerinduan tak berpenghujung. Itulah yang boleh diungkap mengenai selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, 39, yang tidak pernah lupa pada suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Melalui perkongsian beberapa foto di Instagramnya ketika menziarah pusara Ashraf dua hari lalu, BCL yang ditemani anak tunggal mereka, Noah Sinclair kelihatan semakin kuat.

Malah, menerusi kapsyen yang ditulis, BCL memulakan dengan ucapan, ‘Visiting Daddy’ berserta emoji hati berwarna merah. Namun, apabila membaca luahan ditulisnya cukup mendalam meskipun ringkas.



“Sudah dua tahun sejak kamu pergi. Hidup ini tidak sama tanpa kamu di sini. Tapi, kita hanya menyesuaikan diri dengan menjalani hari-hari yang lebih baik.

“Kita lebih bahagia sekarang dan diharapkan kamu juga. Terima kasih untuk semua cintamu, daddy. Kita sangat merinduimu dan mencintaimu selalu,” tulisnya.

Terdahulu, Ashraf yang berasal dari negara ini bertemu jodoh dengan BCL pada 2008. Namun, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 lalu akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, kelihatan rasa rindu BCL dan Noah terhadap arwah Ashraf, 42, terlalu dalam. Namun, wanita cekal ini tetap bersemangat dan berusaha bangkit membina kehidupannya bersama anak tersayang.



Meskipun tidak dapat menghindar daripada gosip kerana kehidupan sebagai insan seni dikenali ramai di Indonesia mahupun Malaysia, BCL tetap tenang menghadapinya.

Terus aktif dalam kerjaya di dunia hiburan sebagai penyanyi dan pelakon. BCL juga mendapat tawaran menjadi juri untuk program pencarian bakat nyanyian seperti Indonesian Idol.

Harian Metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button