Shikin Maembong Nafi Chef Wan Taja Perkahwinan Bersama Bekas Suami

Susulan pendedahan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali ramai sebagai Chef Wan menerima surat saman daripada Shikin Maembong, bekas menantunya itu tampil menjawab salah satu tuduhan daripadanya.

Menurut Shikin menerusi ruangan Insta-story pada Ahad, dia menafikan bahawa perkahwinannya bersama bekas suami, Chef Riz telah ditaja oleh bekas bapa mertuanya itu.

Tegas kakak kepada pelakon adik-beradik, Emma dan Chacha Maembong itu, perkahwinan mereka menggunakan 100 peratus hasil pendapatan perniagaan yang dijalankan bersama.



“Saya ini bukannya sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya dekat Instagram tetapi memandangkan keadaan memaksa saya kerana sebab ramai yang komen bukan-bukan dekat saya.

“Sebenarnya masa kahwin dengan bekas suami saya, duit perkahwinan kami seratus peratus adalah duit sendiri. Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri.

“Memang seratus peratus duit sendiri tiada satu sen pun guna duit bapa mentua saya.

“Apa yang dia post adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” dedah Shikin.



Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila menerima notis tuntutan mahkamah yang menyatakan Shikin ingin mengambil tindakan saman malu terhadapnya berikutan tindakan Wan mendedahkan isu mengenai rumahtangganya bersama Riz secara terbuka.

“Letih saya nak melayan drama dia ini pun. Tak rasa malu ke semasa susah saya juga yang ke sana dan sini untuk dia dan Arriana, jelaskan semua bil hospital dan macam-macam lagi.

“Sebagai bekas bapa mertua jika saya nasihat dia supaya jangan buat perkara-perkara macam itu salah ke?

“Kita orang tua nasihat yang baik-baik tanpa perlu pergi ke mahkamah untuk lawan hak penjagaan anak” katanya



“Kau lupa ke jasa aku susah payah kahwin kan kau berdua guna duit saya 100 peratus?” tulis Chef popular tersebut.

Untuk rekod, Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, mendirikan rumahtangga dengan Shikin pada 2014 sebelum bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Arriana Natasha yang kini berusia tujuh tahun.

 

Murai.my



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button