Siti Nurhaliza tak dapat tahan sebak, teringat arwah Siti Sarah

Bagi yang menonton program realiti Big Stage 2022 (BS22) minggu ketiga semalam, pastinya merasa sebak saat melihat persembahan Aisha Retno yang menyanyikan lagu hit Allahyarham Siti Sarah, Kesetiaan.

Juri tetap program tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih dikenali sebagai Tokti juga tidak dapat menahan air mata kerana teringatkan arwah yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Selain Tokti, komposer Ajai selaku juri tetap juga turut meminta semua penonton sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham isteri pelawak Shuib Sepahtu itu.

“Sudah kebetulan mendengar lagu arwah, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya,” kata Ajai.



Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahra Talita Zakira, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker