Solihan tanding di Gambir selamatkan maruah Abah

Bekas Adun Tenang, Tn Haji Solihan Badri dijangkakan akan bertanding di Gambir bagi menyelamatkan ‘buntut’ Abah Muhyiddin dari terus dikecam pengundi.

Ketua Penerangan Perikatan Johor merangkap Setiausaha PPBM Johor itu berusia 65 tahun berasal dari Kundang Ulu, Tangkak.

Beliau bertanding di Dun Tenang dan menang dengan majoriti 1,070 berbanding lawan Azahar Ibrahim yang memperolehi 6,575 undi.

Solihan yang tidak dikenali di Dun Gambir bolehlah dianggap telah berada dipenghujung karier politik bila berani mengambil alih tempat yang sepatutnya dipertahankan Presiden PPBM sendiri.

Namun sepertimana diketahui, Muhyiddin Yassin tidak berani mempertahankan kerusi tersebut kerana sedar beliau tidak popular dikalangan pengundi kerana sebelum ini hanya bergantung kepada sokongan pengundi Pakatan harapan pada Pru14.

Sekiranya Muhyiddin bertanding kemungkinan besar beliau kalah amat tinggi berikutan para pengundi PH masih belum dapat melunaskan geram mereka.

Ini sebenarnya antara faktor mengapa Muhyiddin tidak berani bertanding dimana-mana kerusi Dun Johor dalam PRN Johor.

Muhyiddin juga menyedari peluang Perikatan Nasional untuk menang selesa dengan majoriti membentuk sebuah kerajaan negeri amat mustahil berlaku.

Pelbagai faktor kegagalan beliau di peringkat pusat akan dinilaikan bagi mencari apa kekuatan Muhyiddin sebagai Presiden sebuah parti yang mengaku cukup kuat bagi menggantikan UMNO di Johor.

Apa kekuatan Solihan di Gambir? Dari Dun tenang di Labis ke Dun Gambir di Ledang tidak akan memberi apa-apa keistimewaan buat calon PN.

Hanya membawa beban nama Muhyiddin Yassin untuk dipikul sepanjang kempen berlangsung. Ini akan memberi imej yang teruk terhadap Solihan.

Beliau sepatutnya memikirkan pulangan politik yang lebih baik dari apa yang diberikan PPBM. Jika tidak selesa bersama PPBM, Solihan boleh sahaja mengambil keputusan sama seperti Mazlan Bujang.

Tidak perlu mengorbankan diri semata hanya mahu menyelamatkan ‘buntut Abah’ yang kini berkurap.

 

“Siapa yang wujudkan kluster itu?” – Zahid Hamidi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker