Berjaya Tukar Status Jantina, Sajat Rasa Seperti Dilahirkan Semula
Usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Berkongsikan berita itu di IG Live, Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.
“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.
“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya.
Menjawab soalan daripada pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya atau tidak, Sajat berkata dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.
Terdahulu, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Rotikaya