“Comelnya bakal mummy ni!” -Ramai teruja nampak ‘baby bump’ Mira Filzah

Para peminat pelakon terkenal, Mira Filzah pasti teruja apabila selebriti cantik manis itu akhirnya berkongsi gambar penampilan terkininya yang sudahpun memasuki trimester ketiga kehamilan.

Sebelum ini, suami Mira, Wan Emir Astar telah mengesahkan isterinya telah hamil trimester kedua dengan berkongsi gambar alat ujian kehamilan.

Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan oleh pasangan tersebut di Instagram ketika berada di Finland memandangkan ramai yang telah bertanya serta membuat spekulasi berkenaan kehamilan Mira.

Walau bagaimanapun, sejak berita tentang kehamilannya diketahui ramai, pelakon tersebut jarang berkongsi penampilannya.

Namun, dalam muat naik terbaru Mira telah memuat naik gambar bersama suami tercinta dengan memperlihatkan baby bump.

Perkongsian terbarunya itu telah menghadirkan pelbagai komen dari warganet yang mana masing-masing meluahkan rasa teruja.

Mereka juga tetap memuji penampilan Mira yang tetap cantik walaupun bakal memasuki trimester ketiga.

 

Ohmymedia

Leave a Reply