“Kalau Datuk Tak Kepoh, Kita Tak Tahu Nasib Dayah”

Selepas dua tahun, akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya.

Susulan kemenangan itu, ramai yang bersorak gembira termasuk usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang turut berkongsikan mengenai kes itu di Instagram.

Menerusi entri tersebut, Aliff turut meluahkan rasa syukur selepas dua tahun kes berkenaan sudah pun selesai.

Jika sebelum ini Aliff dikecam kerana seolah mengeruhkan keadaan selepas menemu bual Nor Hidayah, namun kini netizen berterima kasih kepada usahawan itu.

Diruangan komen rata-rata netizen mengatakan jika bukan kerana temubual Aliff pasti ramai tidak tahu tentang nasib Hidayah.

Terdahulu, Hakim Zulqarnain Hassan berkata pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

Jumaat lalu, Ali bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

 

Rotikaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker