BN tampil lebih 70 peratus calon muka baharu

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga kiri) pada majlis pengumuman 56 calon BN bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, hari ini. – Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Barisan Nasional (BN) membariskan lebih 70 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia sekali gus menjadi penanda aras baharu pemilihan calon bagi parti itu dalam menghadapi pilihan raya selepas ini.

Katanya, BN turut menggunakan konsep WALI yang menggariskan tiga elemen iaitu ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’ dalam menentukan calon bagi PRN Johor.

“Lebih 80 peratus calon PRN Johor juga berusia 55 tahun ke bawah, manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional,” katanya berucap pada majlis pengumuman calon BN, di sini hari ini.

Katanya, kombinasi tiga elemen itu bukan hanya akan jadi perubahan besar dalam pemilihan calon BN selepas ini dan dalam masa sama tidak melupakan mereka yang berpengalaman dalam memberi perkhidmatan serta kesinambungan terbaik parti.

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker