Jenazah balu bekas Mufti Perak selamat dikebumi



Jenazah balu kepada Mufti Perak, Puan Seri Ainon Abdul Ghani, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh. – FOTO NSTP/ L MANIMARAN

Jenazah balu kepada Mufti Perak, Puan Seri Ainon Abdul Ghani, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini, kira-kira 11.25 pagi ini.

Jenazah yang tiba di tanah perkuburan jam 10.55 pagi turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini diimamkan sendiri anak Allahyarhamah iaitu Datuk Ahmad Wafi Harussani.



Jenazah disemadikan bersebelahan pusara arwah suami, Allahyarham Tan Sri Dr Harrusani Zakaria.

Allahyarhamah, 82, mempunyai lima anak dengan dua daripadanya sudah meninggal dunia.

Semalam media melaporkan balu kepada bekas Mufti Perak itu meninggal dunia di Kinta Medical Centre, di sini, jam 2.30 petang.

Allahyarhamah pernah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berikutan jangkitan COVID-19 bersama suaminya, Allahyarham Harussani.



Pada 30 Mei tahun lalu, Harussani, 82, meninggal dunia diikuti anak sulung mereka, A Abdul Hakim Mazhar, 54, juga akibat wabak itu pada Ogos tahun sama.

 

Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker